Friday, September 25, 2009

Raya!!!!!!

Selamat Hari Raya!!!

Hari ini sudah masuk hari keenam kita menyambut Raya. Hari ini la baru aku ada peluang nak beraya sakan. Sebelum ni hanya tidur & kemas rumah je(ceh cam boleh percaya je aku kemas rumah). Jadi aku dan rakan2 berpakat la untuk raya sama2 hari ni. Semuanya dari SMK Jalan 4.(Akmal, Peeps, Rabiah, Amalina, Aimi, Khairani, Zatil) Ini mungkin kali terakhir kitorang berjumpa sama2. Maklumlah semua dah belajar jauh2. Yang dah fly pun ada. Walaupun aku masih boleh beraya di Malaysia untuk setahun lagi(InsyaAllah kalo ada rezeki) tapi ramai kawan2 aku akan fly sebelum raya tahun depan. Tinggal la aku sorang2 kat sini. :(

Jadi rumah siapakah aku pergi pada hari ni? Rumah Akmal dah tentu. Tapi tahun ni aku dapat meneroka dan berjumpa dengan ramai mak bapak kawan2 aku yang lain. Rumah Rabiah, Zatil, Amalina, Aimi, Kamilahani & Taherah(jumpa cikgu darjah 1 aku). Rumah Peeps je tak pernah pergi lagi. 5 tahun lagi la kot..hehe. Oleh kerana terlampau banyak rumah kitorang pergi, jadi akhir sekali semua muka nampak macam tak larat. Mana tak nye. Dah 11 rumah kitorang raya=11 kali makan. Kembong la perut semua. Balik je rumah terus aku rasa sakit perut. Ini lah akibat kalau makan tak ingat dunia.

Jadi hari ini mungkin hari terakhir kitorang berjumpa sama2. Semua dah makin sibuk dengan study masing2. Aku pun ada AS German dengan English bulan 10 ini.(Cam mana nak cakap German 20 min???) Jadi mungkin takde masa lagi nak jumpe sama2. Jadi aku nak ucapkan good luck kepada semua!!! Belajar rajin2. Mana tahu 5 tahun lagi ada terjumpa kat klinik ke, hospital ke, kilang Siemens ke....:) Aufwiedersehen/ Ciao/ Au Revoir!!!

No comments: