Saturday, June 14, 2008

EURO 2008: Spain vs Sweden

Satu perlawanan yg pada awalnya Spain dijangka akan menang mudah, tetapi di atas padang berlangsung agak sengit terutamanya mase 1st half.
Spain menguasai awal permainan dan Fernando Torres menjaringkan gol pertama pd min ke 15 setelah menyudahkan hantaran lintang David Silva. (Ok dah gol ni jangan x nak salam dengan coach)
Selepas gol pertama, defender Spain mula goyah dan setelah Johan Elmander membuang peluang utk Sweden, Ibrahimovic berjaya merobek benteng Spain dgn menewaskan Casillas drpd bola hantaran Stoor.

Pada 2nd half, Sweden telah menggantikan Ibrahimovic yg cedera dan ketiadaannya telah menyebbkan Sweden lebih bnyk bertahan. Walaupun begitu, Spain kelihatan kurang kreatif walaupun banyak menguasai bola. Malah kemasukan Cesc Fabregas dan Santi Cazorla juga gagal menambah peluang Spain. Beberapa peluang yg datang kpd Torres pula gagal disempurnakan dengan tepat. Namun begitu, terbukti bahawa bola sepak adalah kejam. Ketika game hampir tamat(min 92) dan kelihatan berakhir dengan seri, left back Joan Capdevila telah membuat hantaran jauh ke dpn gol yg gagal dikawal oleh defender Sweden dan bola smpai ke kaki Villa yg menggelecek seorang lg defender sebelom meledakkan rembatan padu, GOOOOLLLLLL. In the end, joy 4 Spanish, heartbreak 4 Swedish. Dgn kemenangan ini, Spain hampir pasti ke 1/4 final manakala Sweden perlu menang ke atas Russia utk layak. Aku puas hati gak sebab masa 2nd half, Sweden macam x nak main je. So memang patut arr kalah.


Result:Spain 2 Sweden 1
Goals:Spain-Torres(15), Villa(90+2)
Sweden-Ibrahimovic (31)
My man of the Match:David Villa

No comments: